Friday 3 February 2012

RUKUN - RUKUN SOLAT

RUKUN SOLAT ADA 3 BAHAGIAN :

1. RUKUN QAULI

2. RUKUN FIKLI

3. RUKUN QALBI

RUKUN QAULI
-ialah kata-kata dalam solat cth : membaca al fatihah.

RUKUN FIKLI
-ialah perlakuan perbuatan dalam solat cth : rukuk

RUKUN QALBI
-ialah niat dalam solat

Cara-cara bertayammum

Thursday 2 February 2012

TANGISAN RASULULLAH (S.A.W)

Catatan :
"Seseorang itu menangis kerana beberapa sebab antaranya :"
1. Kadang kala dia menangis kerana perasaan kasih dan sayang.
2.Kadangkala kerana takut.
3.Kadangkala kerana cinta
4.Kadangkala kerana terlampau gembira
5.Kerana kesakitan
6.Kerana sedih dan dukacita.
7.Kerana perasaan yang dizalimi dan tertekan.
8.Kadangkala kerana perlakuan dosa yang boleh menitiskan air mata.
9.Satu jenis tangisan yang dibuat-buat lantaran sikap munafiq untuk menggembirakan orang lain.
10.Satu lagi ialah tangisan upahan yg sengaja diupah untuk menangis dan menjerit kerana kematian seorang dan sebagainya.


- Masyaikh telah juga menyatakan suatu tangisan pura-pura yang menangis kerana dosa tetapi terus bergelumang dengan dosa tersebut.
-Rasulullah (s.a.w) menangis lantaran perasaan kasih sayang dan kasihan belas terhadap si mati,ataupun kerisauan terhadap umat atau disebabkan oleh rasa takut kepada Allah atau cinta kepadaNya sebagaimana yang diketahui daripada hadis.Tangisan yang begini adalah terpuji.
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Syikir (r.a):



 Maksudnya : "Aku pd suatu ketika telah pergi menemui Rasulullah (s.a.w).Beliau dapati baginda sedang bersolat dan kerana disebabkan tangisan,suatu bunyi keluar daripada dadanya seolah-olah bunyi air yang mendididh yang keluar daripada cerek "


- Rasulullah juga menangis apabila mendengar bacaan Al Quran.

CARA MAKAN RASULULLAH (S.A.W)

Rasulullah menjilat jari setelah selesai makan
Ka'ab ibn Malik (r.a ) meriwayatkan bahawa :

(اَنَّ النَّبِيَّ (صلي الله عليه وسلم) :
" كَانَ يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ ثَلَاثًا "

Bermaksud :Adalah Rasulullah (s.a.w) menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali( selepas makan)

Catatan : Selepas makan adalah mustahab (dipuji) menjilat jari-jari sebelum membasuh tangan.Menurut sebahagian ulamak,menjilat jari tuga kali sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas adalah mustajab kerana jari-jari akan bersih sepenuhnya.